Tergerak di hati untuk menulis tentang Islam, setelah terbaca beberapa komen yang negatif di fb dan di luar sana.
Saya bangga sebagai seorang Islam, kerana Islam merupakan penggerak kepada kemajuan. Adakah ini ungkapan berasaskan emosi? Tidak!
Pertama sekali, umat Islam di awal sejarah adalah pendokong kepada kajian ilmu, atau dalam istilah hari ini (Research and Development - R&D). Tahukah umat Islam hari ini bahawa Algebra (salah satu cabang dalam Mathematics) berasal dari nama buku yg ditulis oleh ahli matematik Islam? RUJUK Algebra.
Begitu juga, Algoritm, mana-mana yang mempelajari Komputer Sains biasa dengan cabang mathematics ini, di namakan sempena ahli matematik Islam Abu Abdullah Muhammad ibn Musa Al-Khwarizmn, RUJUK Algoritm.
Contoh dari segi sejarah pula, Malaysia pernah di jajah oleh Portugis. Dari mana mereka mempelajari kekuatan tentera laut? Portugis dan Sepanyol pernah dijajah oleh orang Islam berabad abad lama nya. Banyak perkataan dalam bahasa mereka dari Bahasa Arab. Akhirnya, mereka mengalahkan umat Islam (yg leka dgn duniawi) setelah mempelajari teknologi umat Islam. Tahukah kita, perkataan Admiral, asal nya dari perkatan Ameer-ul-Bahr, chief of Navy dalam Bahasa Arab.
Pendek kata, banyak lagi contoh...di dalam Al-Quran Allah selalu menyuruh kita berfikir dan menyelidik. Adakah kita melaksanakannya? Tidak ramai.
Kalau nak tulis, banyak lagi lah kalau dari segi sains nie yang membuktikan kebenaran Islam.
Kalau kemajuan di ukur dari banyak mana dedah aurat, banyak mana perlakuan negatif Mat atau Minah Saleh yang kita tiru, saya rasa itu adalah sesuatu yang perlu
kita nilaikan semula.
Kalaulah kita amalkan ajaran Islam yg sebenar, kita adalah umat yang termaju dan sophisticated.
-Salam